Perasmian Laman Web An-Najjah
July 26th, 2008PERASMIAN LAMAN WEB PERSATUAN KEBAJIKAN DARUL NAJJAH KUALA LUMPUR DAN SELANGOR (AN-NAJJAH)
PERASMIAN DISEMPURNAKAN OLEH PENAUNG AN-NAJJAH
YANG HORMAT DATO’ SETIA AMAR SEGARA, DATO’ HJ HALIM BIN HAJI IBRAHIM DSAP., DIMP., SMP., PKC.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Yang Hormat kerana sudi merasmikan Laman Web An-Najjah ketika Majlis Sambutan Ulangtahun Ke-2 pada hari ini, 26 Julai 2008 bersamaan hari Sabtu di Pusat Jagaan Anak Yatim/Saudara Baru An-Najjah.
Lagi info mengenai aktiviti Majlis Sambutan Ulangtahun Ke-2, sila klik SINI
***
Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi An-Najjah
Puan Hajjah Aminah binti Mat
PENGERUSI
Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Datang ke Laman Web Persatuan Kebajikan Darul Najjah Kuala Lumpur Dan Selangor (An-Najjah).
Saya bersyukur kehadrat Illahi atas limpah kurnia dan izin-Nya, An-Najjah dapat membangunkan laman web persatuan ini. Saya amat berbesar hati mengalu-alukan kehadiran Tuan/Puan ke laman web An-Najjah ini. Secara umumnya, laman web ini akan menyediakan pelbahai maklumat terutamanya mengenai aktiviti yang telah dan bakal dijalankan melalui capaian-capaian di sini. Sebagai sebuah persatuan yang menaungi Pusat Jagaan Anak Yatim / Saudara Baru An-Najjah, aktiviti-aktiviti persatuan banyak melibatkan anak-anak jagaan di An-Najjah di samping kerjasama dengan pihak-pihak luar yang prihatin.
Sebagai sebuah organisasi yang tidak berasaskan keuntungan, An-Najjah bermatlamat untuk membela nasib anak-anak yatim dan saudara baru dengan mendidik mereka dengan sempurna sama ada melalui bidang akademik ataupun agama. Dengan pendidikan yang sempurna, adalah diharapkan anak-anak ini dapat menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan Negara.
Di kesempatan ini juga, saya berharap dengan adanya laman web An-Najjah ini, ia dapat menyumbangkan informasi dan pengetahuan kepada orang awam khususnya tentang peranan persatuan di mata masyarakat. Segala pandangan membina untuk penambahbaikan amatlah dihargai.